Perjagaan Telur dan Fry
1. Penjagaan Telur
Penjagaan telur bukan dibuat oleh kita, namun memerlukan kerjasama daripada kita. Telur ikan laga akan dijaga oleh si bapa setelah kita mengeluarkan induk betina. Induk betina diletakkan ditempat yang baru dan air yang baharu agar ikan yang telah 'dikasari' itu akan mendapat rehat yang baik. Untuk memastikan bapa menjaga telur dengan baik, kita seharusnya tidak mengganggu induk jantan semasa dia menjaga telur. Antara perkara yang dianggap mengganggu ikan laga jantan semasa dia menjaga telur adalah seperti berikut:
1. Jika di dalam bilik
a. buka tutup lampu
b. bising suara breeder
c. kelibat (jika menggunakan bekas yang lut sinar)
d. mengalihkan bekas breed
2. Jika di luar rumah
a. suhu air yang tidak menentu
b. kehadiran orang (jika tidak ditutup tank spawning)
c. bunyi bising
*Pesanan; Tidak perlu merasa terlalu ghairah sangat untuk mendapatkan fry sehinggakan berulang alik memeriksa sudah ada telur yang menetas atau tidak. Tunggu dan bertindak dalam perancangan. Sabar itu indah.
Setelah mengangkat induk betina daripada bekas spawning, saya akan membiarkan induk jantan menjaga telur sehingga menetas dan free swimming. Lihat contoh di bawah:
Petang Selasa : Mengasingkan induk betina(dame)
Petang Jumaat : Mengalihkan induk jantan(sire)
Penjagaan Fry
1. Memberi Makanan Terbaik: Artemia
Setelah mengalihkan sire, kita sudah boleh memberi makan fry dengan artemia. Artemia adalah sejenis kehidupan laut yang sangat bagus untuk dimakan oleh fry. Kerana pergerakannya yang agak perlahan, ia senang titangkap oleh fry. Selain itu, artemia menjadi sumber protien yang sangat bagus bagi membantu fry membesar dengan cepat. Paling utama, ia juga mengandungi pigmen warna yang diperlukan untuk variasi dan kecerahan warna pada ikan hiasan seperti iakn laga ini.
2. Penjagaan Kualiti Air dan Pemakanan Anak Ikan
Air yang baik adalah air yang stabil dari sudut kealkalian dan keasidannya. Air yang bersesuaian dengan fry mestilah dijaga agar tidak menjadi kotor akibat artemia yang mati atau lain-lain makanan lebihan yang diberikan oleh breeder contohnya telur kuning yang telah membusuk. Fry diberikan makan artemia sehingga dua minggu. Kemudian, diperkenalkan dengan kutu air. Fry yang sudah mampu memakan kutu air saya anggapkan sudah menghampiri saat kejayaan untuk menjadi ikan laga yang lebih besar. Tempoh fry memakan kutu air ini sehingga ia berumur 3 minggu. Kemudian disusuli dengan cacing air. Fry yang sudah memakan cacing air akan lebih cepat membesar. Akan tetapi kualiti air mesti dijaga kerana semakin ikan banyak makan, semakin banyak tahi yang dilepaskan. Ini juga punca utama air menjadi kotor dan mengakibatkan perubahan kualiti air. Pemakanan ikan yang sudah berusia sebulan dua minggu boleh diselang selikan cacing air dengan pallet halus. Antara cadangan untuk menjadikan ikan lebih aktif adalah dengan memasukkan buble angin. Air juga perlu disalin, seeloknya tiga hari sekali. Paling malas pun, jangan sampai melebihi dua minggu.
Perkongsian yang sangat baik untuk newbie atau newcomer macam saya. Kipidap bro!
ReplyDeleteSalam tuan..sya dah masuk kali kedua percubaan..dengan pasangan betta yg sama..kali pertama gagal krn cuba alihkan tank/bekas ..telur jatuh ke dasar. Ini percubaan kedua..lbh sukses dari yg pertama.. byak fry terhasil.. selang seminggu dapati byk yg mati..tinggal x sampai separuh...stress gak ni..sya cuba alihkan dlm tank yg lebih besar sekaligus salin air..hrp2 sukses..
ReplyDeleteMasalah utama sya x tau nak bagi makan apa.. atermia, micro worm dsb x tau nak hasilkan so..bagi telur kuning selang dgn pellet yg dihancurkan..tp x nampak pun fry makan...kalau boleh bagi cdgb/tips sikit tuan spya lebih sukses..t ksh.
sekiranya tiada artemia, kutu air n blood worm. bole cuba dgn beri menu siakap 3 rasa n kailan ikan masin. pasti berjaya fry saye dr jenis marble bertukar jenis koi galaxy. muahaha..
DeleteBelajar kt you tube je spe2 x pandai buat microworm n bbs
DeleteTiada kutu air , bagi fry makan bbs boleh tak ??
ReplyDelete