Wednesday, 4 May 2016

Antara Ikan Yang Telah Berjaya Dihasilkan :

Ikan-ikan ini adalah ikan yang telah saya hasilkan. Dengan permulaan membiak ikan yang biasa-biasa sahaja, kini saya mula membiakkan ikan yang lebih berkualiti. Anda boleh melihat ikan-ikan lama saya pada post yang terdahulu. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melihat ikan-ikan saya :)















Monday, 18 April 2016

Penjagaan Telur dan Fry

Perjagaan Telur dan Fry

1. Penjagaan Telur

Penjagaan telur bukan dibuat oleh kita, namun memerlukan kerjasama daripada kita. Telur ikan laga akan dijaga oleh si bapa setelah kita mengeluarkan induk betina. Induk betina diletakkan ditempat yang baru dan air yang baharu agar ikan yang telah 'dikasari' itu akan mendapat rehat yang baik. Untuk memastikan bapa menjaga telur dengan baik, kita seharusnya tidak mengganggu induk jantan semasa dia menjaga telur. Antara perkara yang dianggap mengganggu ikan laga jantan semasa dia menjaga telur adalah seperti berikut:

1. Jika di dalam bilik

a. buka tutup lampu
b. bising suara breeder
c. kelibat (jika menggunakan bekas yang lut sinar)
d. mengalihkan bekas breed

2. Jika di luar rumah

a. suhu air yang tidak menentu
b. kehadiran orang (jika tidak ditutup tank spawning)
c. bunyi bising

*Pesanan; Tidak perlu merasa terlalu ghairah sangat untuk mendapatkan fry sehinggakan berulang alik memeriksa sudah ada telur yang menetas atau tidak. Tunggu dan bertindak dalam perancangan. Sabar itu indah.

Setelah mengangkat induk betina daripada bekas spawning, saya akan membiarkan induk jantan menjaga telur sehingga menetas dan free swimming.  Lihat contoh di bawah:

Petang Selasa : Mengasingkan induk betina(dame)
Petang Jumaat : Mengalihkan induk jantan(sire)



Penjagaan Fry

1. Memberi Makanan Terbaik: Artemia

Setelah mengalihkan sire, kita sudah boleh memberi makan fry dengan artemia. Artemia adalah sejenis kehidupan laut yang sangat bagus untuk dimakan oleh fry. Kerana pergerakannya yang agak perlahan, ia senang titangkap oleh fry. Selain itu, artemia menjadi sumber protien yang sangat bagus bagi membantu fry membesar dengan cepat. Paling utama, ia juga mengandungi pigmen warna yang diperlukan untuk variasi dan kecerahan warna pada ikan hiasan seperti iakn laga ini.

2. Penjagaan Kualiti Air dan Pemakanan Anak Ikan

Air yang baik adalah air yang stabil dari sudut kealkalian dan keasidannya. Air yang bersesuaian dengan fry mestilah dijaga agar tidak menjadi kotor akibat artemia yang mati atau lain-lain makanan lebihan yang diberikan oleh breeder contohnya telur kuning yang telah membusuk. Fry diberikan makan artemia sehingga dua minggu. Kemudian, diperkenalkan dengan kutu air. Fry yang sudah mampu memakan kutu air saya anggapkan sudah menghampiri saat kejayaan untuk menjadi ikan laga yang lebih besar. Tempoh fry memakan kutu air ini sehingga ia berumur 3 minggu. Kemudian disusuli dengan cacing air. Fry yang sudah memakan cacing air akan lebih cepat membesar. Akan tetapi kualiti air mesti dijaga kerana semakin ikan banyak makan, semakin banyak tahi yang dilepaskan. Ini juga punca utama air menjadi kotor dan mengakibatkan perubahan kualiti air. Pemakanan ikan yang sudah berusia sebulan dua minggu boleh diselang selikan cacing air dengan pallet halus. Antara cadangan untuk menjadikan ikan lebih aktif adalah dengan memasukkan buble angin. Air juga perlu disalin, seeloknya tiga hari sekali. Paling malas pun, jangan sampai melebihi dua minggu.













Sunday, 17 April 2016

Cara Breed Ikan Laga Betta

Cara Betta Spawning atau Mengahwinkan Ikan Laga.

Mengahwihkan ikan bukanlah suatu perkara yang susah jika kena caranya. Terdapat banyak cara yang dibuat oleh otai-otai dan sifu-sifu untuk mengahwinkan ikan ini. Maklumat dibawah ini adalah cara saya membuat projek-projek ikan saya.

Terdapat beberapa faktor utama yang mesti diperhatikan oleh seorang breeder sebelum mengahwinkan ikan. Antaranya adalah:

1. Tahap Kesediaan Ikan

a. Umur Ikan
Umur paling muda adalah 3 bulan. Dengan syarat badannya agak besar dan sedia untuk mengawan. Biasanya ikan yang mendapat penjagaan dari segi makanan dan kualiti air akan membesar dengan baik dan jayanya.

b. Kesihatan Ikan
Ikan yang sihat biasanya akan membuat buble nest atau buih. Buih mula dihasilkan oleh ikan jantan sejak berumur sebulan atau setelah diasingkan. Ikan pada ketika ini agak garang dan akan flare/kembang jika bertemu ikan laga yang lain. Ikan yang sihat juga menunjukkan sirip yang terbuka. Maksudnya sirip ikan tersebut tidak mengecut selalu. Ikan sebegini biasanya aktif berenang dan selera makannya tinggi.

c. Saiz Badan Ikan
Saiz yang paling  bagus untuk usaha pengahwinan ikan ialah saiz L. Pada ketika ini ikan juga akan menghasilkan telur yang berkualiti dan matang. Disampin itu, bilangan telur juga banyak dan akan memberi pulangan anak ikan yang memuaskan kepada breeder.

2. Kondisi atau Suasana Tank Breeding
Untuk mengahwinkan ikan jenis plakad, biasanya saya hanya menggunakan jenis air yang sudah biasa diduduki oleh ikan. Maksudnya saya menggunakan air yang mempunyai tahap kealkalian dan keasidan yang sama sewaktu ikan berada di dalam bekasnya.

Cadangan keluasan bekas breed dan ketinggian paras air adalah seperti berikut:

Jika bekas Segi Empat:
panjang 30cm x lebar 30cm x tinggi10cm(paras air)

Jika Bekas Bertapak Bulat:
Diameter 30cm x Tinggi 10cm(paras air)

Peringatan:
Elakkan menggunakan bekas yang lut sinar agar ikan tidak terganggu semasa proses breed. Ada sesetengah ikan tidak terganggu dan proses boleh berjalan dengan baik. Namun, kebanyakannya sangat sensetif dan berkemungkinan memakan telur kerana terasa terancam. Bagi tujuan mengelakkan ikan terasa terganggu juga, elakkan membuat proses ini di dalam bilik yang biasanya dibuka tutup lampu. Seeloknya buatlah ditempat yang lapang seperti diluar rumah. Jangan lupa pula untuk menutup tank breeding dengan penutup agar ikan tidak terganggu dengan kehadiran kita disekitar tank breeding itu.

3. Waktu Yang Paling Sesuai dan Tempoh Breed
Biasanya saya meletakkan pasangan ikan tanpa ada sesi suaikenal terlebih dahulu. Saya meletakkan pasangan ikan pada waktu petang. Petang hari kedua saya akan mengangkat betina jika sudah ada telur. Jika belum, saya akan tengok pada petang hari ketiga. Jika masih tidak ada, saya akan mengasingkan pasangan tersebut dan menganggap proses kali ini tidak berjaya. Lihat contoh di bawah:

Contoh:

Petang Ahad : Letakkan pasangan ikan
Petang Selasa : Pantau telur di dalam buih. Jika ada, angkat dan alihkan ikan betina. Biarkan ikan jantan menjaga telur selama 3 hari. (Perkara ini akan dibincangkan dalam tajuk; Penjagaan Telur dan Fry)

(jika belum ada telur)
Petang Rabu : Jika ada, alihkan betina. Jika tiada, pulihkan keduanya untuk percubaan kali keseterusnya mungkin 2 minggu kemudian.





















Saturday, 21 February 2015

syukur!

hari ni 21/2

kedua-dua spawn sy.. iaitu drpd fancy dan dred+platinum dragon, telah berusia semimggu. pemakanannya buat masa ini bbs. bilangan fry agak byk.

sudah dipindahkan kpd tempat yg lebih besar sdikit supaya fry lebih selesa. alhamdulillah.


Saturday, 14 February 2015

saya telah membuat dua spawn pada hari isnin 9/2/2015 yang lalu. dua hari kemudian, thasil telur yg agak byk. hari ini syg telah buat persiapan bagi membuang ikan laga jantan esok.

pasangan pertama ikan saya adalah keduanya fancy. keduanya kelihatan sngat cantik. pasangan kedua adalah HM red dan dwhite dragon. x sabar nk tunggu esok untuk tgl hasilnya.hehe..

pakat doakan la ye..

Friday, 23 January 2015

Seronok nya!

Hari ini, satu lg kumpulan fry berjaya dihasilkan. Sire(si bapak) telah dikeluarkan petang tadi setelah menjaga baby fry selama hampir 3 hari. Terdapat fry yang masih membawa 'yolk'. Harapnya, mereka ikini sudah bersedia untuk ditinggalkan oleh bapa mereka. BBS telah diberikan tadi kerana saya agak bimbang tntang anak ikan yang lain yang sudah kelihatan berenang tanpa yolk pada badan. Nanti sayaakan kongsikan gambar bapak dan mama ikan yg sy breedkan ini.

Dame(mama) fry terbaru ini adalah model dalam post sy baru-baru ini. http://mybettaverygood.blogspot.com/2015/01/ok-hilangkan-tekanan-perasaan.html?m=1

Friday, 16 January 2015

spawn my royal blue and stell blue

10/1: mengahwinkan kedua-dua ikan ini



11/1: hasilnya telur yg agak banyak. badan betina terkoyak dengan agak banyak terutama dibahagian analfin
14/1: sire(induk jantan) di keluarkan
17/1: fry mula makan artemia
19/1: diberi kutu air
21/1: kutu air masih hidup dlm tangki pemeliharaan fry, fry pula kelihatan sgt sihat. terdapat fry berwarna putih dan adayg sgt gelap.
22/1: ini gmbr fry yang masih hidup