Cara Betta Spawning atau Mengahwinkan Ikan Laga.
Mengahwihkan ikan bukanlah suatu perkara yang susah jika kena caranya. Terdapat banyak cara yang dibuat oleh otai-otai dan sifu-sifu untuk mengahwinkan ikan ini. Maklumat dibawah ini adalah cara saya membuat projek-projek ikan saya.
Terdapat beberapa faktor utama yang mesti diperhatikan oleh seorang breeder sebelum mengahwinkan ikan. Antaranya adalah:
1. Tahap Kesediaan Ikan
a. Umur Ikan
Umur paling muda adalah 3 bulan. Dengan syarat badannya agak besar dan sedia untuk mengawan. Biasanya ikan yang mendapat penjagaan dari segi makanan dan kualiti air akan membesar dengan baik dan jayanya.
b. Kesihatan Ikan
Ikan yang sihat biasanya akan membuat buble nest atau buih. Buih mula dihasilkan oleh ikan jantan sejak berumur sebulan atau setelah diasingkan. Ikan pada ketika ini agak garang dan akan flare/kembang jika bertemu ikan laga yang lain. Ikan yang sihat juga menunjukkan sirip yang terbuka. Maksudnya sirip ikan tersebut tidak mengecut selalu. Ikan sebegini biasanya aktif berenang dan selera makannya tinggi.
c. Saiz Badan Ikan
Saiz yang paling bagus untuk usaha pengahwinan ikan ialah saiz L. Pada ketika ini ikan juga akan menghasilkan telur yang berkualiti dan matang. Disampin itu, bilangan telur juga banyak dan akan memberi pulangan anak ikan yang memuaskan kepada breeder.
2. Kondisi atau Suasana Tank Breeding
Untuk mengahwinkan ikan jenis plakad, biasanya saya hanya menggunakan jenis air yang sudah biasa diduduki oleh ikan. Maksudnya saya menggunakan air yang mempunyai tahap kealkalian dan keasidan yang sama sewaktu ikan berada di dalam bekasnya.
Cadangan keluasan bekas breed dan ketinggian paras air adalah seperti berikut:
Jika bekas Segi Empat:
panjang 30cm x lebar 30cm x tinggi10cm(paras air)
Jika Bekas Bertapak Bulat:
Diameter 30cm x Tinggi 10cm(paras air)
Peringatan:
Elakkan menggunakan bekas yang lut sinar agar ikan tidak terganggu semasa proses breed. Ada sesetengah ikan tidak terganggu dan proses boleh berjalan dengan baik. Namun, kebanyakannya sangat sensetif dan berkemungkinan memakan telur kerana terasa terancam. Bagi tujuan mengelakkan ikan terasa terganggu juga, elakkan membuat proses ini di dalam bilik yang biasanya dibuka tutup lampu. Seeloknya buatlah ditempat yang lapang seperti diluar rumah. Jangan lupa pula untuk menutup tank breeding dengan penutup agar ikan tidak terganggu dengan kehadiran kita disekitar tank breeding itu.
3. Waktu Yang Paling Sesuai dan Tempoh Breed
Biasanya saya meletakkan pasangan ikan tanpa ada sesi suaikenal terlebih dahulu. Saya meletakkan pasangan ikan pada waktu petang. Petang hari kedua saya akan mengangkat betina jika sudah ada telur. Jika belum, saya akan tengok pada petang hari ketiga. Jika masih tidak ada, saya akan mengasingkan pasangan tersebut dan menganggap proses kali ini tidak berjaya. Lihat contoh di bawah:
Contoh:
Petang Ahad : Letakkan pasangan ikan
Petang Selasa : Pantau telur di dalam buih. Jika ada, angkat dan alihkan ikan betina. Biarkan ikan jantan menjaga telur selama 3 hari. (Perkara ini akan dibincangkan dalam tajuk; Penjagaan Telur dan Fry)
(jika belum ada telur)
Petang Rabu : Jika ada, alihkan betina. Jika tiada, pulihkan keduanya untuk percubaan kali keseterusnya mungkin 2 minggu kemudian.
Kalau macam tu bekas kaca pun tk boleh lah kan sebab pauntulan daripada bekas nya sendiri
ReplyDelete1xbet korean casino registration, registration and deposit bonus
ReplyDelete1xbet korean casino registration, 1xbet com registration and deposit bonus · 1xbet korean casino deposit bonus · 1xbet korean casino deposit bonus · 1xbet korean casino deposit bonus